
Pada masa kini semakin ramai anak muda dinegara ini berlumba-lumba untuk membina sebuah mesin jentera yang boleh mencapai kelajuan yang luar biasa. Ini juga boleh dikatakan sebagai satu kegilaan dan mungkin juga menjadi kebanggaan setiap kali mesin jentera mereka mencecah kelajuaan yang tidak terbatas.Pelaburan wang beribu-ribu ringgit malah ada yang mencecah ratusan ribu ringgit menjadi kebiasaan bagi anak-anak muda bagi mencapai tujuaan ini.Semakin banyak pelaburan mereka semakin tinggilah tahap kelajuaan mesin jentera.Kepakaran dalam bidang pengubahsuaian, pemasangan, penatahan dan pengujian menjadi kemestian bagi mencapai matlamat anak muda ini dan kebiasaannya bengkel-bengkel yang mempunyai nama yang hebat dimata menjadi pilihan kerana mereka sahaja mempunyai kemahiran itu.
Dari situlah wujudnya acara-acara sukan permotoran sama ada dibuat dijalanan atau dilitar perlumbaan.Setiap minggu ada sahaja acara sukan ini dijalankan dan penyertaan sentiasa bertambah setiap kali diadakan.Banyak teknologi dan kejuruteraan yang hebat ditonjolkan untuk mencapai matlamat yang dicita-citakan.Selalunya acara yang dilangsungkan melibatkan dua buah mesin jentera dalam satu-satu masa.Mesin yang dapat menamatkan perlumbaan dahulu dikira sebagai pemenang dan layak untuk memasuki peringkat seterusnya.Jarak yang biasa untuk acara ini selalunya sejauh 300 meter,350 meter dan 400 meter sahaja bergantung pada penaja dan keadaan jalan atau litar yang disediakan. Ada juga acara ini dilangsungkan mengikut masa catatan yang terbaik dan paling pantas.
Acara ini dibahagikan mengikut ketegori kapasiti silinder mesin jentera yang ditentukan bagi mewujudkan keadilan bagi setiap penyertaan mesin jentera yang menyertainya.Contoh-contoh ketegori adalah seperti 850cc kebawah,1000cc hingga 1300cc, 1300cc hingga1500cc, 1800cc, 2000cc dan keatas, ketegori mivec, vtec, 2 wheel turbo, 4 wheel turbo dan ketegori terbuka.
Menjadi pemenang adalah impian bagi setiap peserta yang bertanding dan menjadi satu kebanggaan serta kepuasan apabila nama pemenang diumumkan oleh penganjur perlumbaan bagi setiap ketegori. Walaupun kadang kala terfikir juga apalah sangat nak dibanggakan kerana hadiah yang dimenangi tidak setimpal dengan perbelanjaan yang telah dikeluarkan pada mesin jentera mereka ini. Tapi itulah lumrah dunia, setiap apa yang dibelanjakan mesti memberi kepuasan yang tak terhingga.
Banyak lagi perkara yang ingin disentuhkan lagi disini tetapi memandangkan masa tidak begitu mengizinkan untuk menceritakan lagi tentang peperangan moden ini. Mungkin dilain masa akan diceritakan dengan lebih mendalam lagi. Bersua lagi dikemudian hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan